Local NLP Backend Aplikasi
Backend memantau GPS secara pasif dan mengimbas untuk WiFi dan sel/tower mudah alih yang berdekatan. Dari sini, pangkalan data lokasi pemancar dicipta.
Apabila UnifiedNlp / microG meminta lokasi dari Local NLP Backend, imbasan untuk pemancar berdekatan dimulakan dan lokasi ditentukan berdasarkan hasil imbasan.
Local NLP Backend adalah fork dari Déjà Vu NLP Backend dengan beberapa penambahbaikan dan UI yang kasar untuk konfigurasi serta pengimportan / pengexportan data, termasuk senarai sel dari MLS atau OpenCelliD.
Backend ini tidak menggunakan data rangkaian. Semua data yang diperoleh oleh telefon kekal di dalam telefon, walaupun ia boleh dieksport secara manual.
Bagaimana untuk digunakan:
Local NLP Backend boleh digunakan seperti Déjà Vu: hanya aktifkan backend dan biarkan ia membina pangkalan data dengan sering menghidupkan GPS, contohnya menggunakan aplikasi peta.
Jika anda mempunyai pangkalan data Déjà Vu (anda memerlukan keistimewaan root untuk mengekstraknya), ia boleh diimport ke dalam Local NLP Backend. Pilihan pengimportan lain adalah pangkalan data yang dieksport oleh Local NLP Backend, dan fail csv sel dari MLS atau OpenCelliD.
Perhatikan bahawa pangkalan data tempatan perlu diisi, sama ada menggunakan GPS atau dengan mengimport data, sebelum Local NLP Backend boleh menyediakan lokasi!
Untuk mempercepatkan pembinaan pangkalan data, LocalNLP mempunyai mod aktif pilihan yang menghidupkan GPS apabila tiada pemancar yang diketahui berdekatan (tetapan rendah) atau apabila sebarang pemancar yang tidak diketahui ditemui (tetapan agresif).