KernelSU Aplikasi
KernelSU adalah penyelesaian root berasaskan Kernel untuk peranti Android. Ia menawarkan pengurusan akses root dan su
berasaskan kernel serta sistem Modul yang berasaskan overlayfs (serupa dengan Magisk). KernelSU berfungsi berdasarkan senarai putih: Hanya aplikasi yang diberikan kebenaran root boleh mengakses su
, aplikasi lain tidak dapat mengesan su
.
KernelSU secara rasmi menyokong peranti Android GKI 2.0 (dengan kernel 5.10+), kernel lama (4.14+) juga serasi, tetapi anda perlu membina kernel sendiri. WSA dan Android berasaskan kontena juga seharusnya berfungsi dengan KernelSU yang telah diintegrasikan.
ABI yang disokong semasa adalah: arm64-v8a
dan x86_64
.