SimplyTranslate Mobile Aplikasi
Aplikasi ini adalah antaramuka alternatif kepada Google Translate, tetapi tidak bersambung secara langsung kepadanya.
Ia berfungsi seperti berikut:
- Text dihantar dari anda (pengguna) dan dihantar ke satu instance SimplyTranslate secara rawak (server).
- Instance ini akan meminta data daripada Google Translate.
- Google Translate akan menghantar terjemahan kembali kepada instance itu.
- Instance itu akan menghantar terjemahan kembali kepada anda.
Dengan cara ini, Google Translate tidak akan mengetahui identiti anda. Pemilihan instance secara rawak secara automatik (mod lalai) bagi setiap permintaan akan menyamarkan dan menyebarkan data anda lebih banyak antara instance supaya tiada apa yang dapat dihubungkan dengan mudah kerana ia tidak berada dalam pangkalan data yang terpusat.
Ciri-ciri:
- Menyokong 108 bahasa
- Text-To-Speech (TTS)
- Boleh menerima teks yang dikongsi dari aplikasi lain
- Butang terjemahan dalam bar alat pemilihan teks
- Pemilihan instance rawak secara automatik bagi setiap permintaan
- Senarai rasmi instance SimplyTranslate yang boleh dikemas kini
- Pilihan instance tersuai
- Tema gelap
- Pengenalan Teks Kamera










