PassAndroid Aplikasi
Memaparkan fail Passbook (*.pkpass) & menunjukkan Kod Bar (format QR, PDF417 dan AZTEC). Ia juga boleh digunakan ketika offline.
Aplikasi ini adalah pemapar untuk pas - pas boleh jadi seperti contoh, pas naik kapal terbang untuk penerbangan anda yang seterusnya, kupon untuk minuman panas yang enak di destinasi, tiket wayang, kad keahlian - terdapat banyak kemungkinan. Pada asasnya, ia adalah pengganti untuk sekeping kertas atau plastik yang biasanya perlu anda bawa bersama - jadi mari kita selamatkan beberapa pokok dan mengurangkan pembaziran!
Bagaimana ia berfungsi?
Terdapat fail yang dipanggil espass atau pkpass - anda boleh membukanya dengan aplikasi ini - contohnya, apabila anda menerimanya melalui email atau mendapatkan pilihan Muat Turun. Kandungan yang paling penting adalah Kod Bar (QR, AZTEC & PDF417) yang biasanya memberi anda kebenaran - tetapi ia juga mempunyai kandungan menarik lain seperti penerangan - sering kali masa (yang kini anda boleh tambahkan ke dalam kalendar anda) - sering juga lokasi (untuk memberi anda arah) - cuba sahaja! Aplikasi ini boleh digunakan secara offline setelah anda memuat turun pas tersebut!








