Spell4Wiki Aplikasi
Alat Muat Naik Audio Wikimedia Commons.
Spell4Wiki adalah aplikasi mudah alih untuk merakam dan memuat naik fail audio ogg untuk perkataan Wiktionary ke Wikimedia commons. Spell4Wiki juga berfungsi sebagai Kamus-Wiki (Maksud perkataan dari Wiktionary).
Ciri-ciri Aplikasi:
- Dieja Untuk Wiktionary - Anda boleh merakam & memuat naik audio untuk senarai perkataan Wiktionary ke Wikimedia commons.
- Dieja Untuk Senarai Perkataan - Anda boleh memuat naik untuk senarai perkataan anda sendiri dari fail teks atau salin & tampal.
- Dieja Untuk Perkataan - Anda boleh mengeja dan memuat naik untuk satu perkataan.
- Jelajahi Wiktionary - Anda boleh mencari maksud dari Wiktionary untuk mana-mana perkataan dalam mana-mana bahasa.
Tujuan aplikasi ini
Terdapat banyak perkataan dalam Wiktionary. Tetapi mereka tidak mempunyai cukup fail audio sebutan. Jadi kita boleh memuat naik audio sebutan untuk perkataan dengan cara yang mudah. Dan kita boleh menggunakan sebutan tersebut untuk perancangan data wiki dan teknologi lain seperti pembelajaran mesin di bawah lesen CC. Dan ahli linguistik lain boleh belajar bagaimana untuk menyebut suatu perkataan.
Dikuasakan Oleh
- VGLUG Foundation,
- Kaniyam Foundation, Aktivis Perisian Percuma dan
- Komuniti Wikimedia Tamil
Nota
Aplikasi ini memuatkan beberapa konfigurasi (senarai bahasa yang tersedia, kategori & penyumbang) dari repositori aplikasi.
Pautan Berguna
- Sertai kumpulan Telegram: @spell4wiki
- Halaman Spell4Wiki Commons : Commons:Spell4Wiki
- Lebih banyak maklumat tentang pembangunan : Pos Blog tentang Spell4Wiki
- Video Tutorial & Demo : Tonton Video










